suria

Suka-suka buat cover lagu ‘Tiara’, ramai kata suara Radhi macam P. Ramlee… Terharu peminat kata rindu arwah

VIDEO cover lagu Tiara dinyanyikan oleh seorang pemuda mengikut lenggok nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menjadi perhatian netizen.

Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Abd Rahmad, 30, yang juga merupakan bekas peserta sebuah program nyanyian Bintang P.Ramlee RTM tahun 2016 tidak menyangka video nyanyiannya itumenjadi tular di aplikasi TikTok.

“Saya teruja sebab tidak sangka video nyanyian yang hanya sekadar suka-suka menjadi tular sebab ingat nak padam lagu tersebut pada keesokan harinya sebab saya takut tidak boleh terima oleh golongan netizen.

“Sebenarnya sebelum ini saya pernah memasuki program nyanyian dan Ahamdulilah dinobatkan juara serta menerima persembahan terbaik.

“Selepas tular ni banyak tawaran yang diterima berbanding dahulu, kalau dahulu hanya hujung minggu sahaja tapi sekarang ini boleh dikatakan hari biasa pun ada yang mengundang untuk buat persembahan.

“Akan datang insyaAllah saya akan rakamkan lagu duet bersama bekas peserta Bintang P. Ramlee dan akan dilancarkan dalam tahun ini,” katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi