suria

Ramai jodohkan dengan Michael Ang, Vida takut ‘periuk terbang’… Reda hidup menjanda sebab susah cari calon suami

RATA-RATA netizen bersetuju jika usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkahwin dengan pengarah terkenal iaitu Michael Ang.

Menjawab cadangan netizen ini, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, berkata dia dan Michael perlu memikirkan banyak perkara sebelum meneruskan hasrat ini kerana kedua-duanya memiliki personaliti berbeza.

“Saya rasa dengan Michael Ang tu kena fikir dua kali sebelum kahwin.

“Sebab nanti nak kahwin dengan Michael Ang macam mana... dia dan saya mulut laser tak sempat apa periuk dah berterbangan.

“Gaduh baik, gaduh baik... begitu tak bolehlah bila jadi laki bini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Vida berkongsi lebih selesa berstatus bujang buat masa ini.

“Sangat selesa nak buat apa pun boleh... tidur bangun pukul berapa pun tiada masalah,”ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi