suria

Selepas Mat Kilau, Adi Putra beraksi dalam filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ pula… Doa penonton terbuka hati beri sokongan

PELAKON Datuk Adi Putra menjelaskan bahawa dia tidak terbawa-bawa watak Mat Kilau dalam kehidupan sehariannya.

Cerita Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia tidak menafikan ada orang di luar sana yang menganggap dirinya terbawa-bawa karakter Mat Kilau itu.

“Memang saya tak nafikan ada orang ingat saya membawa watak Mat Kilau tu sampai di luar... tidak!

“Tapi Alhamdulillah inilah saya dan inilah diri saya.

“Tapi apa-apa pun sebaik-baik perancang Allah yang susun, itu yang saya harus bersyukur,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Adi memegang watak Mat Kilau dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berjaya menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang sejarah perfileman Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Adi bakal muncul dalam filem Jerangkung Dalam Almari yang akan mula ditayangkan pada 4 Ogos ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi