suria

Terhibur tengok Ain Edruce menyakat suami, katanya ‘muka marah happy sama saja’… Rakam untuk kenangan hari tua

PENGACARA Ain Edruce mendedahkan dia suka berkongsikan gambar serta video momen indah bersama suami Muhammad Amirul Hafiz dan anaknya Soraya di media sosial untuk dijadikan kenangan hari tua kelak.

Rata-ratanya teruja dan terhibur melihat gelagat dan raut wajah suaminya yang turut mencuit hati pengikut.

Kata Ain atau nama sebenarnya Nurulain binti Edruce, 30, dia tidak pernah memaksa suaminya untuk turut serta dalam rakaman tersebut sebaliknya ia dilakukan dengan kerelaan hati.

"Sebenarnya suami dan anak memang tidak mahu terlibat dengan apa yang saya lakukan sekarang ini, terutama sekali suami tetapi saya mahu abadikan kenangan terindah waktu muda ini untuk dijadikan kenangan ketika tua.

"Mungkin ada yang kata saya macam buli Amirul sebab sering muatnaik gambar kurang sopan di media sosial, tetapi sebenarnya tidak.

"Amirul sangat garang dan saya takut dengan dia cuma kelemahan dia adalah kamera jadi itulah puncanya,”kata Ain Edruce pada mStar.

Dalam pada itu, Ain mendedahkan dia dan suami sering mendapat tawaran projek bersama.

"Sekarang ini kami banyak terima tawaran job bersama anak, kadang-kadang Amirul sahaja pun ada, mulai sekarang segala urusan kerja Amirul saya yang tentukan, untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi