suria

Kali pertama rasa gempa bumi... Yazmin Aziz masih trauma, syukur selamat pulang Malaysia

PENYANYI Yazmin Aziz masih trauma dan terbayang-bayang kejadian gempa bumi yang melanda Baguio, Filipina pada pagi Rabu.

Yazmin berkata ini pengalaman pertamanya berdepan bencana alam itu.

“Ini merupakan pertama kali saya mengalami gegaran gempa bumi paling kuat hingga 7.3 magnitud dan kesan saya dapat melihat banyak rumah disana bergerak sebab masa tu kami tinggal dalam rumah penginapan.

“Pengalaman kali pertama ini memang agak gementar hingga nak buat apa pun kami tidak tahu sebab panik, kami cepat-cepat berpaut pada bawah bumbung penginapan di situ.

“Saya jadi sedikit trauma untuk naik ke Baguio... ia merupakan kawasan tanah tinggi sama macam Cameron Highland dan jauh dari bandar... sebelum ini saya hanya dengar cerita kes gempa bumi sebelum ini yang melanda Baguio,”katanya pada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi