suria

Ramai tanya mana Mummy Jerung Merah hilang? Rupanya Sofia Marieylla balik kampung mantapkan vokal

SUDAH lama tidak muncul di mana-mana program televisyen, ada peminat menyangka penyanyi Sofia Marieylla merajuk dan mula membawa diri.

Menafikan mengenai perkara itu, Sofia atau nama sebenar Siti Sofia Mahyuddin, 24, berkata dia masih berada di dalam industri seni, lebih-lebih lagi selepas menerima sokongan peminat.

Walaupun pernah menerima pelbagai kata-kata kecaman sebelum ini, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat Sofia untuk terus berdiri mencapai impiannya.

“Mula-mula masuk Big Stage ada yang kata... eh kau ni penyanyi sampahlah tak payah kot nak wujud dan tak layak nak jadi penyanyi.

“Sejujurnya, mula-mula saya rasa down tapi bila kita ingat balik buat apa aku nak down sebab masa itu ada cikgu dan rakan yang selalu sokongan... jadi tak apa kita teruskan sahaja.

“Perkara tu lah yang membuatkan saya kuat sampai sekarang,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Sofia pernah menyertai Big Stage 2022 namun tersingkir pada konsert minggu kelima.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi