suria

Enggan panjangkan isu Fizi Ali tinggalkan Suria FM, DJ Lin sedang cari pengganti

PENGURUS Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mengakui keputusan penyampai Suria Pagi, Fizi Ali meninggalkan stesen itu secara tiba-tiba disifatkan sebagai menghampakan.

DJ Lin bagaimanpun berkata, dia tidak mampu menghalang keputusan dibuat Fizi sebaliknya perjuangan untuk memastikan Suria FM terus menjadi pilihan pendengar menjadi keutamaannya.

"Selepas berbincang dengan pihak tertinggi Suria FM, saya diminta untuk mengunci mulut kerana tidak ingin memanjangkan lagi keadaan.

"Meskipun apa yang berlaku menyakitkan dan menghampakan buat seluruh keluarga Suria FM, namun kami tidak mampu menghalang keputusan dibuat Fizi dan akan meneruskan perjuangan seperti biasa," katanya kepada mStar.

DJ Lin ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL yang diadakan di Seksyen 15, Shah Alam pada Isnin.

Siri jelajah itu akan menemui peminat di empat lokasi bermula 6 Ogos ini, iaitu di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang, Aman Central Alor Setar, Kedah (13 Ogos), Paradigm Mall, Johor Bahru (20 Ogos) dan IOI Mall Putrajaya (27 Ogos).

Dalam pada itu, ditanya mengenai pengganti Fizi, DJ Lin memberitahu masih terlalu awal untuk berkongsi tentang perkara itu namun pihaknya sedang mencari calon sesuai untuk mengisi kekosongan slot Suria Pagi.

"Masih terlalu awal nak kongsi siapkah pengganti Fizi, pihak kami sedang mencari calon tepat. Doakan kami berjaya menemuinya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi