suria

“Kalau nak fresh boleh tengok berita” - Johan melawak di radio untuk hilangkan stres pendengar

PELAWAK dan penyampai radio, Johan sedang menyesuaikan diri memulakan tugas di stesen baharu iaitu, Hot FM.

Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim berkata dia meletakkan misi untuk mengangkat Hot FM dan mampu memberikan saingan kepada stesen radio lain.

"Kedatangan saya di Hot FM adalah satu tujuan untuk naik taraf bukan untuk kekalkan, sebab kalau tidak saya tidak rasa dia akan panggil untuk bertugas disana.

"Saya mengambil tanggungjawab ini sebagai satu cabaran apabila terpaksa bermula daripada bawah, walaupun pernah menang beberapa anugerah sebelum ini," kata Johan pada mStar.

Dalam pada itu, percaturan gandingan baharu antara Fara Fauzana dan AG untuk segmen Bekpes Hot FM tidak mendapat respon yang baik dalam kalangan pendengar apabila ada segelintir kurang bersetuju gandingannya bersama dua lagi penyampai.

"Kadang-kadang orang yang komen ni tapi mereka tidak mendengar, semasa berada di stesen radio lama dulu pun pelbagai kecaman yang saya terima tapi tetap nombor satu.

"Saya rasa komen itu hanya dibuat oleh segelintir dan secebis tapi tidak boleh lupakan kepada siapa yang menyokong, nak komen apa terserah kerana akhir nanti keputusan yang kita lihat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi