suria

Emosi terganggu teruk, Niezam Zaidi cari ketenangan dekatkan diri dengan agama dan keluarga… Akui tak kuat ‘handle’ komen netizen

PELAKON Niezam Zaidi mengakui emosinya terganggu teruk selepas terpalit kes dadah pada Oktober tahun lalu.

Kata Niezam, 30, dia pernah terfikir untuk melakukan perbuatan terlarang gara-gara tertekan dengan peristiwa hitam itu.

“Kalau saya bukan Islam saya dah gila ataupun bunuh diri, minta maaf cakap tapi banyak yang terjadi dalam hidup saya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dekat Allah sebab ia kenangan pahit pada manusia pada orang lain tapi bagi saya ia manis.

“Jadi masalah mental ni betul, kenapa saya cakap betul... kita tak tahu orang tu mungkin dia post gambar macam okay tapi orang tu ada notifikasi dia akan tengok berapa orang kecam dia.

“Walaupun dengan membaca mungkin tak setajam pisau tak setajam mulut tapi daripada komen-komen yang tak membina tu boleh menganggu mental,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Niezam membintangi sebuah telefilem Kan Cheong yang turut dibintangi oleh Nora Danish, Jay Iswazir dan Shima Anuar yang akan menemui penonton pada 11 Ogos 2022 di Astro First.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi