suria

Video nyanyian spontan di pentas ‘Jelajah 90 Suria’ tular, gadis berperwatakan kasar sedar diri tak cukup pakej jadi penyanyi

INILAH bakat sebenar”

Itu antara komen netizen selepas mendengar suara wanita bernama Ayish Malkan yang menyanyi secara spontan di pentas Jelajah 90 Suria yang berlangsung di Kuantan City Mall, Pahang.

Kata Ayish atau nama sebenar Farah Muarfah, 25, dia tidak menyangka klip nyanyian spontannya itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok hingga meraih lebih satu juta tontonton.

“Saya terkejut selepas habis kerja dan tengok telefon ramai orang tag dan ramai kawan mesej cakap saya sudah viral... Memang tak sangka.

“Bila jadi macam ni memang terkejut sebab viral kot... ramai orang follow daripada 100 follower di TikTok tiba-tiba sekarang jadi 20,000,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Ayish, sebelum ini dia pernah memasang impian untuk bergelar penyanyi namun merajuk selepas gagal dalam ujibakat sebuah program televisyen.

“Saya pernah pergi ujibakat Mentor untuk Black dah lulus... tapi Black pass saya kepada Akim, saya gagal dan kecewa. Tak nak pergi lagi dah!

“Waktu itu saya rambut panjang, saya ada terfikir adakah aku tak cukup pakej... tak apa lah, dah malas memang saya merajuk betul.

”Kalau tanya memang jujur saya merajuk dengan keadaan itu, kalau kawan-kawan tanya pun saya mengaku... memang saya tak cukup pakej untuk bergelar penyanyi,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi