suria

Enam tahun layari alam perkahwinan… Tajul akui bukan mudah jadi suami, kena banyak bersabar didik isteri

PEJAM celik dah hampir enam tahun usia perkahwinan penyanyi Tajul dan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie.

Kata Tajul Ariff Noor Md Shari, 24, sebagai seorang suami sifat penyabar itu sangat penting lebih-lebih lagi ketika mendidik isteri untuk menjadi lebih baik.

"Apa yang saya boleh kongsikan lelaki ni satu je, sabar kena nombor satu.

"Lelaki memang kena sabar banyak sebab kita nak didik isteri kita jadi yang lebih baik.

"Dia bawa air muka kita, jadi macam mana-mana dia pergi orang tahu isteri Tajul, jadi kalau dia buat perkara tak baik orang tahu saya, jadi perkara tu banyak kita kena jagalah," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi