suria

Selepas 9 bulan bergelar suami, Haqiem Rusli akui pikul tanggungjawab besar… “Hidup berubah! Sekarang kena tahu apa isteri buat”

BERSYUKUR dikurniakan seorang isteri yang memahami, penyanyi Haqiem Rusli mengakui seronok melalui kehidupan sebagai suami kepada Anis Sofea.

Kata Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 24, kehidupan dan aktiviti hariannya berubah selepas bergelar suami.

“Dia sangat memahami apa sahaja yang saya nak luah, contohnya kalau saya balik kerja kalau saya ada masalah saya akan luah dan dia mendengar.

“Sofea juga banyak membantu saya untuk menjadi manusia lebih baik.

“Tipulah kalau tiada saat sukar tapi kami dapat tempuhi sama-sama,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Haqiem juga tidak menolak rezeki dikurniakan rezeki cahaya mata jika sudah sampai masanya.

“Saya dan Sofea tidak menolak rezeki kalau ada ada, kalau tiada kita doa la banyak-banyak,” ujarnya.

Untuk rekod, Haqiem dan Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi