suria

Lia Aziz, Arash seronok kahwin muda! Tak rugi halalkan hubungan cepat… nak ‘dating’ setiap hari pun boleh

BERKAHWIN pada 23 Julai lalu, penyanyi Lia Aziz memberitahu dia dan suami Arash Azimi kini sedang menyesuaikan diri memasuki fasa baharu kehidupan.

Lia Aziz atau nama sebenarnya Nur Aliah Faizana Abd Aziz, 19, dia bahagia melalui alam perkahwinan dan seronok bergelar seorang isteri.

Ditanya mengenai cahaya mata, pasangan ini berkata mereka masih belum bersedia ke arah itu kerana Lia mahu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.

“Alhamdulilah kehidupan baharu setelah bergelar suami isteri ni sangat happy, kalau dulu bila nak keluar selalu berasingan tapi sekarang tidak lagi sebab sentiasa ada suami yang teman.

“Saya masih muda dan belum habis belajar jadi kami ada merancang mungkin untuk tunggu saya tamatkan pengajian dulu dan stabilkan ekonomi, kami mahu kenal hati budi masing-masing dengan lebih mendalam,” kata Lia Aziz pada mStar.

Lia dan pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar, 24, disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al Amin, Puchong, Selangor.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi