suria

Dituduh berubah sikap selepas popular… Iman Troye minta maaf, mengaku terlalu sibuk sampai tak terlayan

TIMBUL dakwaan kononnya penyanyi Iman Troye sukar memberikan kerjasama berkaitan urusan kerja selepas dirinya semakin popular.

Menjawab mengenai perkara itu, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 19, memohon maaf jika ada mana-mana pihak terkesan dengan tindakan tidak sengajanya itu.

“Susah untuk dihubungi mungkin sebab sekarang ini saya sedang belajar jadi ada beberapa orang lain yang hubungi atau kawan sekali pun terpaksa tolak dahulu dan mungkin ada mesej lain yang saya terlepas pandang.

“Status saya sebagai seorang pelajar dan bekerja dalam masa yang sama membuatkan agak sukar untuk bahagikan masa.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas mesej esetengah pihak atau memberikan sebarang kenyataan tapi insyaAllah saya akan cuba periksa dan balas satu-persatu sekarang ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Iman memberitahu pihak pengurusannya akan cuba perbaiki segala isu salah faham ini dan berjanji hal ini tidak akan berulang lagi.

“Mana yang cuba hubungi saya dan tidak perasaan, saya minta maaf mungkin boleh cuba hubungi pihak pengurusan saya, insyaAllah mereka akan balas satu persatu,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi