suria

Ajak Shiro tak mahu lagi sertai pertandingan lawak, kini bergelar tenaga pengajar cari bakat baharu

PELAWAK Ajak Shiro mengumumkan tidak mahu lagi beraksi di pentas lawak yang menglibatkan permarkahan juri.

Kata Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 36, dia sudah puas menyertai pertandingan lawak sebelum ini dan tidak mahu lagi persembahannya itu dinilai oleh juri.

“Beberapa tahun sebelum ini saya dah buat keputusan yang saya tak nak masuk pertandingan yang melibatkan komen-komen juri.

“Sebab saya rasa saya dah penatlah untuk itu, takkanlah setiap tahun saya kena bagi juri nilai diri saya, selama 10 tahun mereka nak nilai saya.

“Jadi saya rasa itu punca saya tidak berada atas pentas lawak sekarang tapi kalau ada jemputan untuk buat lawak atas pentas mungkin saya akan datang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajak turut memuji content lawak yang dilakukan oleh personaliti media sosial, Ryan Bakery yang dilihat lebih dekat dengan masyarakat dan tidak menyentuh mana-mana pihak.

Untuk rekod penyampai radio Suria FM ini pernah menjadi Juara Raja Lawak musim keenam dan Juara Maharaja Lawak Mega 2018 bersama rakan gandingannya iaitu Shahrol.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi