PELAKON Bella Astilah berkongsi pengalaman menemani rakannya ke balai polis disebabkan mempunyai suami bersifat narsisistik.
Kata Bella, 28, rakannya pernah dipatahkan jari oleh suami gara-gara mempunyai sifat narsistik dalam diri.
“Rupanya ramai yang lalui perkara yang sama terutama ada kawan-kawan Bella juga sampai suami patahkan jari.
“Ya Allah nak cerita tu pun boleh buat Bella teringat sebab Bella yang teman dia ke balai polis dan sebagainya.
“Narsisistik ini pun kita tak boleh nak jangka sebab di awal pengenalan tu semuanya baik belaka,” katanya kepada mStar.
Bella bergandingan bersama Zamarul Hisyam dalam menjayakan Drama Aku Tanpa Cintamu.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI