suria

Siti Elizad ‘tarik nafas’ tengok gambar-gambar lama, akui bukan mudah istiqamah tutup aurat

LEBIH setahun membuat keputusan untuk bertudung, pelakon Siti Elizad berharap peminat mendoakan dirinya untuk terus kekal istiqamah.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, meskipun ada kala imannya turun naik namun dia terus berdoa dan berharap agar Allah tidak membolak balikkan hatinya untuk kekal bertudung.

“Kadang-kadang bila tengok orang mula kepuk-kepuk rambut tu saya pun turun naik iman tu, tengok gambar saya yang lama-lama macam aih.

“Minta-minta Allah tidak bolak-balik hati saya dan kekalkan saya bertudung macam ini.

”Saya tak baca komen-komen pakai macam ini... tapi itu nampak ini nampak, slowly but surely InsyaAllah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi