suria

“Kenapa cakap macam tu?”… Siti Nordiana terpaksa balas komen netizen, persoal selepas 5 tahun baru dapat lagu M Nasir

PENYANYI Siti Nordiana mengakui terkejut apabila lagu baharu nyanyiannya berjudul Menyantun Kasih menerima kritikan daripada pendengar dan netizen.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengapa lagu baharu ciptaan Datuk M. Nasir ini mengambil masa agak lama untuk dilancarkan.

Tidak berkecil hati dengan kritikan netizen, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 37, bagaimanapun memilih untuk menjelaskan mengenai perkara itu menerusi balasan komen di laman sosial.

“Lima tahun baru dapat lagu Datuk M. Nasir tu menandakan bukan calang-calang orang yang dapat, jadi kalau nak yang terbaik kena usaha.. pada mereka yang cakap macam tu Nana tak boleh nak tutup mulut mereka la.

“Itu pandangan mereka, kita yang hadapi ini tahu la bagaimana proses nak buat lagu Datuk M. Nasir memang lama tapi hasilnya memang the best... semua artis dalam Malaysia ini impikan untuk ada satu lagu dengan beliau, macam Nana ini satu kejayaan kerana dapat nyanyikan lagu beliau.

“Tak semua benda boleh komen suka-suka hati, kita ada hati dan perasaan... macam Nana jenis yang tak kisah orang nak komen apa tapi bila dah beri komen macam itu, jadi Nana juga berhak untuk membalas komen tersebut sebab bila dah lama dalam industri senyap, nanti orang buli pula!” kata Nana kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi