suria

Ikut jejak langkah bos! Diam-diam pembantu peribadi Vida jadi penyanyi, tampil dengan imej tidak bertudung

MAHU mengikut jejak langkah Datuk Seri Vida, pembantu peribadi dikenali sebagai Diyla memberitahu dia kini sudah bergelar penyanyi tanpa pengetahuan majikannya itu.

Selepas 12 tahun bekerja dengan Vida, Diyla berkata dia nekad untuk menceburi bidang nyanyian kerana ini merupakan minatnya sejak dahulu lagi.

“Saya berterima kasih kepada Datuk kerana beri peluang saya bersama dengan Datuk selama 12 tahun.

“Saya pun ambil masa lama untuk berfikir dan saya rasa saya dah bersedia.

“12 tahun saya buat benda yang sama jadi saya nak cuba benda baharu dan harap ada peluang jadi penyanyi tu,” katanya kepada mStar.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah penampilan terkini Diyla dilihat free hair dan tidak lagi berhijab.

“Sebenarnya dekat luar saya memang free hair dan hanya pakai tudung bila bekerja sahaja.

“Untuk lagu ini saya menjadi diri sendiri, kalau bekerja saya kena jaga nama Datuk Seri Vida. Dah habis kerja saya begini la tak bertudung,” ujarnya.

Terbaharu, Diyla duet bersama Tiktoker Faiz Aizif dalam single terbaharu mereka berjudul Khilaf.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi