PELAKON Zul Ariffin berkata kesilapan yang dilakukan kerana memuat naik kandungan sumbang di laman sosial sudah selesai selepas dihukum denda sebanyak RM30,000.
Kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, dia sudah menerima hukuman oleh mahkamah dan menganggap dirinya sudah tiada kaitan lagi mengenai isu tersebut.
“Sama ada saya bayar denda atau sembilan bulan penjara... ya macam itu sekali punya berat hukuman itu.
“Tapi it’s done i face it keep it short, jadi saya tak pasti apa yang tinggal.
“Jadi perkara itu dah tiada kaitan dengan saya dah sekarang,” katanya kepada mStar.
Zul bergandingan bersama Nasha Aziz dan Azira Shafinaz dalam Filem Tablis Iblis yang akan ditayangkan bermula 20 oktober 2022.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.