suria

Rambut rosak bukan gimik! Siti Jamumall tak sanggup korbankan kecantikan demi viral… “Tengok cermin memang malu”

SELEBRITI media sosial Siti Jamumall menjelaskan isu rambutnya rosak selepas mendapatkan khidmat sebuah salon baru-baru ini bukanlah gimik pemasaran namun ia benar-benar berlaku.

Menurut Siti atau Siti Suriani Wahiddin, walaupun netizen berkata rambut boleh ditutup dengan tudung namun dia masih bersedih dengan insiden yang berlaku.

“Saya cuba untuk kuatkan diri dengan tak fikir memikirkan masalah tapi dalam masa sama cuba untuk pujuk hati sendiri.

“Perempuan memang akan sedih bila melibatkan rambut... memang netizen cakap boleh tutup pakai tudung tapi balik rumah tengok diri sendiri mandi tengok dekat cermin you akan down that’s it,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan sudah menghubungi peguamnya untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

“Saya pun dah hubungi peguam saya untuk bagi sedikit pengajaran kepada salon tersebut supaya tidak buat kesilapan ini lagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi