suria

Tak banyak beza budaya dan bahasa… Budi Doremi mahu kembang muzik di Malaysia, teringin duet dengan Kamal Adli

PENYANYI Indonesia Budi Doremi memberitahu sejak dahulu lagi dia memasang impian untuk melebarkan karya muziknya ke Malaysia.

Kata Budi atau nama sebenarnya Syahbudin Syukur, 38, peluang menjejakkan kaki ke negara ini menjadi kesempatan terbaik untuknya mempromosikan lagu baharunya berjudul Melukis Senja.

“Rasanya daripada segi kebudayaannya tidak jauh, jadi lebih mudah kerana berdasarkan sejarah muzik Indonesia, kebanyakkan penyanyi Indonesia akan memilih Malaysia untuk tujuan promosi muzik.

“Saya rasa bersyukur kerana sambutan hebat serta menggalakkan daripada peminat di Malaysia, tidak sangka ramai yang meminati lagu saya Melukis Senja kerana sekarang di Youtube sudah mencecah jumlah tontonan sebanyak 154 juta.

“Salah satu achievement buat kami selaku penyanyi dari Indonesia adalah dapat melakukan showcase atau konsert di Malaysia,” kata Budi kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi