suria

Ramai salah faham! Tajul hidup susah sebelum PKP, minta netizen selidik dahulu jangan terus kecam

PENYANYI Tajul Ariff terkejut apabila dikecam netizen gara-gara berkongsi kesukaran hidup yang dilalui olehnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor, 24, bagaimanapun meminta supaya netizen menyelidik terlebih dahulu perkongsiannya itu sebelum menulis komen kecaman.

“Sebenarnya perkara itu ramai yang salah faham, saya susah sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu... tapi bila waktu PKP saya kaya dan senang sikit sebab perniagaan mula menjadi.

“Saya susah tu sewaktu awal perkahwinan dan hampir setahun lebih juga la saya guna habis semua wang simpanan yang ada.

“Bagi saya lebih baik selidik dulu sebelum nak berkata apa-apa... kalau tak nak terima, lantak kau la... lagipun saya dah lali dengan kecaman orang ramai ni sebab waktu mula ceburi dalam industri pun telah terima pelbagai kecaman kata Tajul kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi