suria

“Khawla manja macam ibunya” - Syamel belajar jadi bapa, walau sibuk tetap cari masa untuk anak

PENYANYI Syamel mengakui teruja melihat perkembangan positif puteri sulungnya iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia lapan bulan.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 29, berkata dia tidak menolak seandainya anaknya itu mengikut jejak langkahnya menjadi seorang selebriti.

"Khawla kini berusia 8 bulan, banyak perkara yang Syamel dan Ernie belajar bersama sebagai first time parent... setiap hari ada saja benda baharu yang Khawla tunjukan.

"Sebagai first time parents, kami banyak bertanya kepada kawan mengenai untuk mengembangkan lagi mindanya, minat apa semua dan feedback yang kami dapat Alhamduliah baik... peminat pun banyak sangat beri tip-tip buat kami.

"Buat fasa awal ni, kami tidak akan terlalu mendedahkan dia ke arah hiburan, kami berikan dia peluang untuk terokai dunia ini... kalau dia menunjukkan minat jadi kami akan pelan-pelan mengikuti dia kearah itu.

"Syamel dan Ernie tidak kisah sekiranya dia cenderung kearah bidang mana, kalau sebagai penyanyi semestinya kami akan gembira,” kata Syamel kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi