suria

Sherry Alhadad tak putus asa cari jodoh, teringin tengok wajah anak sendiri… “Mungkin ini masa berbakti untuk keluarga”

PENGACARA Sherry Alhadad memberitahu masih belum berputus asa untuk mencari jodoh yang terbaik buat dirinya.

Kata Sherry atau Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, dia juga mempunyai perasaan mahu mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata suatu hari nanti.

“Mungkin belum tiba waktu sebab ada yang kata tak apa Sherry the right time akan muncul bila you bertemu jodoh.

“Saya tak pernah putus asa untuk mencari jodoh dan saya tak pernah rasa macam sudah selesa jika tidak berkahwin.

“Saya nak juga bina keluarga kecil saya, saya nak tengok macam mana wajah anak saya sendiri nanti,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sherry kekal menjadi pengacara All Together Now Malaysia musim kedua yang bersiaran setiap Ahad bermula 11 Disember 2022.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi