suria

“Saya je tahu hal sebenar” - Kakak tampil pertahankan Haqiem Stopa, minta netizen jangan cepat jatuh hukum

TAMPIL mempertahankan Haqiem Stopa, wanita bernama Rusdarini Jaafar berharap netizen tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap adiknya selagi mahkamah belum memberikan keputusan.

Ini selepas Haqiem mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Selangor atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasih.

Kata Rusdarini, 36, dia sebagai kakak sahaja mengetahui perkara sebenar namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes adiknya itu.

“Saya ni sebagai kakak Haqiem sahaja yang tahu cerita sebenar dia.

“Orang yang tak tahu memang boleh cakap macam-macam jadi saya mampu bersabar sahaja kerana kes masih dalam siasatan.

“Jadi netizen nak cakap apa cakaplah! Hakikat yang sebenar saya kakak dia sahaja yang tahu apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Rusdarini sempat menitip pesanan buat adiknya agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku

“Untuk Haqiem Stopa saya harap ia jadi pengajaran buat dia.

“Jadi saya harap sebagai kakak semoga dia berubah dan bila bab berkawan ni semoga dia bijak memilih kawan selepas ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi