suria

Semangat ‘brotherhood’ Lando Zawawi belum terkubur, tetap buat perubahan walau bukan wakil rakyat

IMPIAN pelakon dan aktiviti Lando Zawawi untuk melakukan perubahan besar serta melakukan transformasi akta undang-undang berkaitan penyelenggaraan jalan raya di Malaysia terkubur ekoran gagal menambat hati pengundi Parlimen Tanjung Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Bagaimanapun kata Lando atau Azlan Sani Zawawi, kekalahan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus menambur bakti kepada penduduk di kawasan tersebut sebaliknya berjanji akan cuba menyelesaikan masalah yang timbul terutamanya melibatkan jalan raya.

"Aktiviti sekarang ini kembali seperti biasa, cuma bagi menghormati pengikut dan pengundi saya semua perancangan dan kerja di Tanjung Karang diteruskan seperti biasa.

"Baru-baru ini juga saya ada berjumpa dengan persatuan dan usahawan di sana selain berhubung dengan Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad untuk kerja pembaikkan.

"Cuma saya berharap penduduk ambil maklum kerana tanpa menjadi wakil rakyat di sana maka segala kerja akan terbatas daripada sudut kuasa dan pengaruh tetapi saya cuba untuk pastikan nasib rakyat terbela," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Lando tidak menolak akan kembali bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi