suria

[V] Suami dedah jarang dapat jumpa Mas Idayu, tapi kalau depan mata macam pasangan baru bercinta!

HAMPIR tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu mengadu dia dan suami, Muhammad Sufian Isa jarang dapat menghabiskan masa bersama-sama disebabkan sibuk dengan komitmen kerja.

Mas atau Mad Idayu Mesnun, 50, berkata, sepanjang tempoh itu mereka lebih banyak berkomunikasi melalui telefon untuk bertanya khabar selain berkongsi tentang aktiviti harian masing-masing.

"Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan pelbagai kerja tetapi kalau balik tak dapat jumpa salah seorang, kami pastikan akan berkomunikasi menerusi telefon.

"Seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang... nampak macam suami isteri tetapi macam tak," katanya kepada mStar.

unknown_310704536_1149775548986796_2254540505246834982_n

Mas Idayu akui jarang berjumpa dengan suami kerana kesibukkan kerja.

Mas mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo yang diadakan di Artisan's Playground by Cookhouse, pada Selasa.

Bagaimanapun kata Mas, sekiranya bertemu dan dapat meluangkan masa bersama, mereka bagaikan pasangan yang baharu sahaja bercinta dan seperti tidak dapat dipisahkan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3 dengan sekali lafaz, linangan air mata iringi majlis pernikahan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya kembali bergelar isteri selepas 17 tahun punca air mata tumpah, sifat lucu suami tambat hati Mas Idayu

"Tapi bila jumpa kami macam pasangan baru bercinta!," katanya.

Dalam pada itu, Mas berkata, dia dan Sufian sangat menantikan kedatangan bulan Ramadan kerana ia masa paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ini kerana kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, kebiasaannya pada bulan puasa dia jarang menerima tawaran yang memerlukan komitmen tinggi dan lebih suka menghabiskan masa di rumah dan melakukan ibadah.

Dalam seminggu pun kami jumpa sekali dua sahaja... tapi pada kami perasaan rindu itu sentiasa ada.

MUHAMMAD SUFIAN ISA

SUAMI MAS IDAYU

"Kalau untuk tahun depan, saya rasa quality time kami adalah pada bulan Ramadan.

Insya Allah, Ramadan nanti kita nak bersama-sama dengan keluarga... tiadalah nak ambil program-program berat," katanya.

Sementara itu, Sufian, 51, mendedahkan mereka biasanya akan berjumpa maksimum dua kali dalam seminggu kerana isterinya itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan.

Pun begitu, Sufian tidak berasa terpinggir dengan situasi tersebut memandangkan cukup memahami kerjaya Mas sebagai seorang selebriti.

unknown_278324438_403545961203857_7190454920850061293_n

Sufian dan Mas berkahwin pada 16 September lalu.

"Dalam seminggu pun kami jumpa sekali dua sahaja... tapi pada kami perasaan rindu itu sentiasa ada.

"Bila sudah berkahwin ini, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia ada suami, jadi masing-masing pandai jaga diri... saya rasa tiada masalah.

"Alhamdulillah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi sehingga akhir hayat," ujarnya.

Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain