PENYANYI Zaki Yamani terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang pada pagi Rabu selepas tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas peperiksaan di sekolah. Ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad memberitahu pihak sekolah menghubunginya memaklumkan kejadian tersebut sebelum bertindak membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. "Guru kelas hubungi saya beritahu Zaki pengsan. Saya terus ke sekolah selepas untuk membawa dia ke hospital. Mujurlah rumah kami dekat dengan sekolah. Fatimatuzahra bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anaknya pengsan. "Apabila saya tiba di sekolah, keadaan Zaki sangat lemah dan tidak bermaya," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Fatimatuzahra memberitahu punca Zaki pengsan disebabkan anaknya itu mengalami demam dan semput mungkin berjangkit daripada orang lain memandangkan ramai berdepan masalah sama. ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bertemu, akhirnya Zaki Yamani lepas rindu jumpa Jamal Abdillah... Siap dapat hadiah baju dan kasut ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani rasa ‘insecure’ dibandingkan dengan Jamal Abdillah, mahu serlahkan bakat sendiri Kesibukan menjalani latihan persembahan bersempena Konsert Gemilang Datuk Jamal Abdillah yang dijadualkan Jumaat ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan kesihatan penyanyi tersebut. "Sejak kebelakangan ini Zaki kerja tak henti. Dia juga sibuk dengan latihan sebelum hari konsert. Dia pun mahu berada di rumah kerana lebih mudah. Jika malam masih teruk demamnya, perlu dibawa ke hospital lagi FATIMATUZAHRA IBU ZAKI YAMANI "Selepas buat ujian saringan Covid-19, keputusannya negatif. Doktor beritahu Zaki demam dan semput. Selain kurang rehat, sekarang juga musim demam," ujarnya. Anak lelaki kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sepatutnya ditahan di wad bagi pemerhatian lanjut bagaiamanapun ibunya meminta untuk pulang dan berehat di rumah. Dia dinasihatkan supaya kembali mendapatkan pemeriksaan lanjut jika keadaan masih sama pada sebelah malam. Zaki juga akan menyanyi bersama abangnya, Osama (kanan) pada konsert Jumaat ini. "Kalau kena tahan susah juga, jadi saya minta untuk rehat di rumah. Dia pun mahu berada di rumah kerana lebih mudah. Jika malam masih teruk demamnya, perlu dibawa ke hospital lagi. "Sekarang ini dia berehat sahaja di rumah. Esok (Khamis) dia ada latihan lagi. Doakan Zaki kembali sihat," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI