DOKTOR gigi sensasi yang mempunyai 4.2 juta pengikut di TikTok iaitu Dr Ben Gee bukan sahaja dikenali sebagai pempengaruh sosial tetapi kini meluaskan lagi portfolionya sebagai penyanyi. Terbaharu Dr Ben, 29, tampil dengan single sulung berbahasa Inggeris berjudul In Your Face dan menyifatkan kemunculan lagu berkenaan sebagai mimpi menjadi kenyataan. "Seakan mimpi! Itulah yang dapat saya gambarkan... siapa sangka daripada seorang doktor gigi, menjadi influencer dan kini penyanyi pula. "Saya percaya jika kita berani mencuba dan mengambil risiko, pasti akan nampak hasilnya," katanya menerusi kenyataan kepada mStar. Dr Ben tampil dengan lagu ciptaannya sendiri. In Your Face adalah ciptaannya sendiri bersama Dari dan Shaz dengan olahan daripada komposer terkemuka, Omar K dan juga John Jeeves terbitan, Rocketfuel Entertainment. Dalam pada itu, Dr Ben memberitahu sejak kecil dia memang meminati bidang nyanyian malah pada usia lapan tahun pernah menyertai koir opera dan membuat persembahan di seluruh Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tangguh, Hael Husaini pujuk peminat dengan ‘Sayang Do You Love Me?’ ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kembar AishaHanim rela lambat popular daripada cipta kontroversi murahan "Ketika di kolej saya pernah menyertai kelas teater dan beraksi dalam beberapa pementasan muzikal, dan sewaktu di universiti saya mula terdedah dengan dunia sosial media dan bermulalah segala-galanya sehingga saya dilamar oleh pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment," katanya. Bercakap mengenai In Your face, Dr Ben memberitahu idea menghasilkan lagu tersebut datang daripada pengalamannya dibuli sebelum ini. Katanya, dia mahu 'empower' generasi muda melalui lagu ciptaannya dengan menegaskan kepentingan untuk menerima dan menyayangi diri sendiri selain tidak mempedulikan 'haters' serta menjadi berani. "Idea di sebalik lagu ini datangnya dari saya sendiri, sejak kecil saya cuba untuk ‘fit in’ tetapi setelah menginjak dewasa kita tidak sepatutnya dibuli dan terus berdiam diri, kita perlu berani dan katakan ‘I’m in your face’ kepada mereka yang pernah menyelar keberadaan dan keunikan kita sebagai manusia. Dr Ben tampil dengan lagu pop rancak moden. "Saya mahu ‘empower’ generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan yang pentingnya untuk menerima diri sendiri atau ‘self-acceptance’ dan sayangi diri ataupun ‘self-love’, jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar," katanya. Proses penghasilan single tersebut kata Dr Ben memakan masa hampir setengah tahun kerana lagu bergenre pop rancak moden dalam nuansa elektro (EDM) itu dibikin bersesuaian dengan jiwanya yang gemarkan lagu-lagu berunsurkan tarian. "Sejujurnya saya tidak tahu betapa susahnya proses yang diambil untuk menghasilkan sesebuah single atau MV (video muzik), bermula dari proses ‘brainstorming’, penulisan, rakaman, koreografi dan rakaman video, segala-galanya memerlukan usaha dan melibatkan ramai orang. "Namun saya percaya dengan pihak Rocketfuel kerana berjaya merealisasikan impian saya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, menariknya MV saya nanti penonton akan berpeluang melihat saya berlakon dan juga menari," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI