suria

Dahulu bakat Jay Iswazir tak dipandang, nama beberapa kali kena ‘reject’… “Itu biasa nak marah pun tak guna”

Jay sering ditolak sewaktu menghadiri sesi uji bakat lakonan satu ketika dulu.

MENGIMBAU kenangan di awal pembabitannya sebagai anak seni, pelakon Jay Iswazir mendedahkan namanya pernah beberapa kali ditolak walaupun hanya untuk melakonkan watak sampingan.

Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, 40, berkata, pengalaman ditolak sewaktu menghadiri sesi uji bakat lakonan merupakan perkara biasa.

"Pengalaman kena reject tu biasa. Dahulu bila kena reject saya mula rasa marah. Tetapi lama kelamaan saya terfikir kalau marah pun tak ada guna.

"Ini cerita lama, tapi saya nak imbau kembali dulu saya ni nak jadi ekstra pun kena reject. Namun, saya tidak menyalahkan takdir kerana apa-apa pun seorang pelakon perlu lihat pada diri sendiri terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

jay4 - 1

Jay mengimbau kisah sering ditolak untuk berlakon.

Jay berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jay bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi insan positif yang sering memberikan kata-kata semangat buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ketika itu saya belum kahwin" - Cium pipi Jay Iswazir dalam 'Abang Long Fadil 3', Elizabeth Tan dedah bukan teknik kamera

ARTIKEL BERKAITAN: Daddyku Gangster bukan filem 'ganas', sesuai buat tontonan kanak-kanak

Jay bagaimanapun bersyukur kerana dikelilingi insan positif yang sering memberikan kata-kata semangat buatnya.

Nasihat serta kata-kata semangat yang diterima daripada rakan artis dan usaha yang dilakukan, Jay membuktikan dia kini sudah mula diterima dalam industri hiburan tempatan.

"Lakonan ini adalah bidang yang saya minati. Saya buat orang suka dan akhirnya inilah yang dipanggil rezeki.

Pengalaman kena reject tu biasa. Dahulu bila kena reject saya mula rasa marah. Tetapi lama kelamaan saya terfikir kalau marah pun tak ada guna.

JAY ISWAZIR

PELAKON

"Abang Ebby Yus pernah cerita, dia naik dulu bila jadi hero kerana penerbit mahukan pelakon yang berkulit gelap. Alhamdulillah, saya didekatkan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan memberi semangat," jelasnya.

Dalam pada itu, Jay mengakui perjalanan seninya dalam industri lakonan ini mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke tahap ini.

Namun, dia tidak mudah mengalah dan sentiasa memperbaiki diri menjadi lebih baik.

jay2 - 1

Jay merupakan antara pelakon filem Daddyku Gangster.

"Saya percaya akan tiba waktunya jika kita bekerja betul-betul dan tahu apa yang penonton mahukan, satu hari nanti orang akan nampak juga bakat yang kita ada.

"Perkara ini semua memang mengambil masa, tetapi sebagai seorang pelakon kita perlu sentiasa mempersiapkan diri daripada segi penampilan dan sebagainya. Jadi, bila sudah dapat peluang, insyaAllah kita akan lebih bersedia," katanya.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Jay berjudul Daddyku Gangster sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 1 Disember lalu.

Selain Jay, filem itu turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Adeline Tsen, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Zalif Sidek, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Alief Irfan serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain