suria

Tulang belakang Zamani belum pulih, perlu jalani fisioterapi 2 kali seminggu 

Zamani terpaksa pertimbangkan tawaran kerana belum pulih sepenuhnya.

PADA Ahad lalu, penyanyi Zamani menjadi perhatian peminat apabila membuat kemunculan sulung di sebuah program selepas menjalani pembedahan tulang belakang, November lalu.

Ramai gembira melihat perubahan ketara Zamani yang badannya dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil membuat persembahan dan melayani peminat.

Bagaimanapun kata Zamani atau Zamani Ibrahim, 51, kesihatannya masih belum pulih seratus peratus sebaliknya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu di hospital.

Zamani hargai peminat yang tidak henti memberi sokongan

"Sekarang saya masih buat rawatan susulan dan setiap minggu kena pergi hospital untuk periksa tahap kesihatan tulang belakang saya.

"Doktor juga selalu berpesan agar saya banyak berehat bagi memastikan fizikal saya lebih kuat dan stabil," katanya.

Ekoran itu, Zamani memberitahu dia terpaksa bersikap memilih terhadap tawaran persembahan yang diberikan kepadanya kerana tidak mahu ia memberi kesan kepada kesihatannya ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan tak lagi melengkung, Zamani buat persembahan pertama selepas pembedahan... Aznil Nawawi pula menitis air mata

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zamani dibenarkan keluar hospital, badan dah tak ‘bengkok’ lagi

Susulan itu, bekas vokalis kumpulan Slam tersebut memohon maaf kepada pihak penganjur sekiranya dia terpaksa menolak tawaran diberikan kepadanya.

"Tawaran persembahan tempoh hari pun saya setuju sebab ia tidak mengambil masa lama dan kebetulan ia berdekatan dengan rumah.

"Saya juga ambil peluang itu sebagai tanda menghargai peminat yang tak henti-henti memberikan sokongan selama ini," katanya.

Terdahulu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang membengkok akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain