suria

Sissy Imann tepis sengaja cari perhatian enggan dedah punca kena bedah, keluarga sendiri tak tahu dirinya sakit

PENYANYI Sissy Imann menepis tuduhan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan apabila enggan berkongsi punca sebenar dia menjalani pembedahan sehingga terpaksa ditidurkan pada Oktober lalu.

Sissy, 27, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk membuat sesiapa bimbang apatah lagi sengaja mencipta kontroversi hanya gara-gara enggan mendedahkan hal disifatkan peribadi.

"Saya tiada niat nak buat sesiapa risau... ada kata saya mahukan perhatian! Kalau betul, sejak daripada awal saya sakit itu pun saya dah kongsikan.

"Keluarga pun tak tahu saya sakit, jadi saya tak pasti kenapa ada orang kata saya nak perhatian," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sissy menyertai program Famili Duo bersama sepupunya, Naim Daniel dan rancangan itu bakal bersiaran bermula 18 Disember 2022 di TV3.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi