suria

Terlibat siri Mechamato sejak usia 14 tahun, remaja di sebalik karakter Amato bimbang suara semakin garau

PEMILIK asal suara watak Amato dalam filem Mechamato iaitu Armand Ezra mendedahkan suaranya kini semakin 'membesar' seiring dengan pertambahan usianya yang kini mencecah 16 tahun.

Armand berkata, dia mula melibatkan diri sebagai pelakon alih suara sejak berusia 14 tahun namun selepas dua tahun suaranya semakin garau.

"Perubahan suara saya itu membuatkan saya susah hati sebab dulu suara saya kecil dan apabila meningkat dewasa suara semakin garau," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Armand teruja apabila filem Mechamato yang sedang ditayangkan di pawagam mendapat sambutan luar biasa penonton dan berharap mereka menyukainya.

Untuk rekod, filem berkenaan mendapat kutipan sebanyak RM10 juta dalam tempoh hanya enam hari ditayangkan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi