suria

Berat badan Raja Afiq turun mendadak, terkejut buang air besar keluar darah… rupanya kena buatan orang

PELAKON Raja Afiq mendedahkan dia melalui detik hitam dalam hidupnya apabila berdepan masalah kesihatan selepas disihir oleh individu tidak dikenali.

Berkongsi mengenai perkara itu, Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, memberitahu dia mengalami penurunan berat badan mendadak dan gangguan kesihatan.

“Ini sebenarnya ramai tak tahu, disebalik penurunan berat badan ni saya sebenarnya telah terkena sihir hingga mengakibatkan saya buang air besar keluar darah, pada mulanya saya ingatkan buasir tapi bila periksa dekat doktor tak ada apa pula.

“Saya turun berat badan daripada 90 hingga 70 kilogram sekarang ini, kemudian saya rasa pelik dan pergi berubat dekat ustaz kemudian dia mengesahkan saya terkena sihir.

“Ustaz tu cakap individu tersebut memang nak sekat rezeki saya dan membuatkan saya kurang keyakinan, sampai satu tahap pernah saya jadi down bila nak berjumpa dengan orang sebab gemuk... saya juga kurang terima tawaran sejak pertengahan tahun lepas lagi,” kata Raja kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi