suria

“Bercakap jangan pendam”… Tya Arifin kongsi tip rumah tangga, jangan harap dapat pasangan sempurna

PELAKON Tya Arifin mengakui dalam sesebuah perkahwinan pastinya ada cabaran yang perlu dilalui.

Kata Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, 29, untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, komunikasi merupakan kunci utama.

“Pesan saya kita perlu berkomunikasi dengan pasangan sebab ia penting untuk kedua belah pihak.

“Kalau ada kita nak suami atau isteri improve kita kena cakap dan jangan pendam.

“Jadi jika ada masa untuk berkomunikasi untuk kedua belah pihak ia tidak akan menimbulkan masalah yang besar,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Tya antara selebriti yang akan membuka gerai jualan semasa Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang akan bermula pada 14 hingga 17 April 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi