suria

Kempen boikot peluang sokong produk tempatan, Zizan Razak saran rujuk pandangan agamawan

SEBAGAI umat Islam, adalah wajib untuk kita mempertahankan saudara seagama jika ditindas oleh musuh.

Ini termasuklah memboikot produk yang ada kaitan dengan peperangan menindas umat Islam.

Dalam hal ini, Zizan Razak juga berpendapat banyak produk buatan Malaysia tak kurang hebatnya dan boleh diberikan sokongan.

“Saya merujuk kepada ilmuwan dan agamawan... maknanya kalau betul ada duit yang disalurkan kepada pihak yang kita tahu (Israel) yang buat tidak baik pada Islam kenapa kita nak sokong.

“Pada saya kenapa kita nak teruskan lagi sedangkan produk kita (Malaysia) pun ada... sedap, berkualiti dan bagus.

“Dan ini adalah peluang yang baik buat peniaga-peniaga, jadi kalau ayam ni tak boleh makan orang Malaysia buatlah ayam yang kita rasa sedap boleh makan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zizan merupakan salah seorang juri dalam program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang akan bersiaran bermula 17 Disember 2023 di Astro Ria.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi