suria

Menitis air mata Zarina Zainuddin, minta netizen jangan buat tuduhan salahkan ibu bapa Zayn Rayyan

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa sebak selepas membaca berita kematian seorang kanak-kanak autisme iaitu Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh.

Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 52, berharap agar pihak polis dapat menyelesaikan kes ini dan mencari indentiti sebenar pembunuh kanak-kanak berusia enam tahun itu.

“Saya terkejut juga sebab ingatkan kecuaian rupanya ada orang buat perkara tidak baik pada Zayn, saya selaku ibu tak boleh nak gambarkan perasaan tu bagaimana.

“Saya faham situasi yang berlaku kepada ibu mangsa ini, sebab bukan senang nak jaga anak-anak istimewa ini, anak saya sendiri pun lasak sampai panjat sana sini dan diluar kemampuan kita untuk mengawalnya.

“Saya doakan semoga kes ini dapat selesai dengan segera dan pihak polis dapat cari orang yang bunuhnya itu, kenakan hukuman yang setimpal sebab bunuh orang yang tak bersalah,” kata Zarina kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi