suria

Popia basah wajib ada! Marsha pilih berbuka puasa di rumah, seronok masak bersama keluarga

VARIASI juadah makanan, kuih-muih serta minuman sudah semestinya menjadi pilihan ketika berkunjung di bazar Ramadhan.

Namun bagi penyanyi Marsha, memasak sendiri di rumah pastinya lebih menyeronokkan dan merupakan pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang Ramadan.

Kata Masha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, setiap kali Ramadan, mereka sekeluarga akan mengambil bahagian dalam proses penyediaan juadah.

“Marsha duduk dengan keluarga suami, jadi kami bergilir gilir masak. Tapi bahagian saya, saya akan masak sayur,” kata Marsha kepada mStar.

Dalam pada itu, Marsha juga memberikan kejutan buat peminat apabila memaklumkan akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi.

Marsha bagaimanapun berkata buat masa ini dia lebih memberikan fokus mempromosikan lagu OST terbarunya berjudul ‘Dulu,Kini dan Akhirnya’.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi