suria

Reen Rahim tak sangka suami perangai gila-gila, rezeki mencurah-curah sejak kahwin

MELIHAT isu pergolakkan dan keretakan rumah tangga selebriti, pelakon Reen Rahim memberitahu dia turut berasa bimbang sekiranya hubungan mereka juga diuji.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, bagaimanapun berkata dia hanya mampu berdoa agar hubungannya dengan suami berkekalan tanpa sebarang gangguan.

“Dalam hubungan ini suami adalah pinjaman selagi Allah izinkan kami berbahagia dan saling menjaga hubungan serta tak buka hati dekat orang lain.

“Tapi kalau terlampau menjaga suami sangat pun susah juga... sebenarnya saya dan dia kahwin secara tiba-tiba jadi kalau dia buka peluang tu untuk penyondol atau disondol jadi rugi la.

“Risau tu memang ada tapi kalau benda tu dah tertulis macam kalau saya tiba-tiba ada madu nak buat macam mana, cuma sekarang ini hanya boleh doa untuk pelihara suami,” kata Reen kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi