suria

Fikirkan arwah Abam, Achey harap kemelut Ali Puteh dan Hidayah berakhir Aidilfitri ini... “Aku nak datang raya pun tak serba salah”

MELIHAT kemelut antara Ali Puteh dan bekas kakak iparnya Nor Hidayah belum selesai, pelawak Achey Bocey berharap agar tahun ini merupakan pengakhiran buat kedua-dua pihak menyelesaikan perselisihan faham antara mereka.

Memilih untuk mendiamkan diri, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata dia enggan mencampuri urusan berkenaan kerana ia membabitkan hal keluarga. campur tangan memandangkan ia urusan membabitkan hal peribadi keluarga.

“Saya dan Fad bukan berdiam diri saja tapi kami doa daripada jauh untuk membantu dan menziarah kami tunggu semua kemelut ini selesai walaupun lama sebab ia melibatkan urusan keluarga sedangkan kami hanya orang luar.

“Saya boleh bercakap hanya luaran saja sebab memang tak layak kerana orang luar, kalau dah selesai macam-macam kami sudah rancang untuk ziarah semua dan kalau boleh dapat selesaikan semuanya pada raya kali ini.

achey

Achey bersama Pengarah Urusan GNI Pharma, Rahmat Hassan ketika menyantuni anak-anak tahfiz dalam Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf.

“Pesanan saya kepada Ali dan Dayah kalau dua-duanya fikir tentang arwah (Abam) jadi tolong henti dan selesaikan smooth dan steady,” kata Achey.

Achey ditemui semasa Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi