suria

Angeline Tan makin selesa berpakaian sopan, mahu tunjuk keindahan Islam kepada rakan bukan Muslim

SELEPAS beberapa bulan memeluk agama Islam, pelakon Angeline Tan memberitahu jiwanya kini makin tenang malah berasa selesa dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya.

Angeline atau Ardini Angeline Tan, 57, meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Sabri Yunus sering memberikan bimbingan mengenai Islam dan membuatkan dirinya semakin dekat dengan agama.

“Sekarang ini rasanya semakin okay dan boleh sesuaikan diri dengan perubahan sekarang ini sebagai seorang Muslim, banyak yang saya belajar mengenai Islam.

“Selepas menikah dan memeluk Islam memang diri saya tenang sebab sekarang ini ada seseorang untuk kongsi hidup serta berkasih sayang malah saya bersyukur kerana abang Sabri berikan bimbingan terbaik, dia buatkan saya sangat tenang.

“Memeluk Islam ada satu pembaharuan dalam hidup saya jadi setiap langkah itu adalah salah satu proses pembelajaran, apa yang lepas tu biarkan saja sebab yang kita mahu adalah masa depan yang lebih tenang,” kata Angeline kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi