suria

Lapan tahun hidup single, Aweera masih mencari bakal isteri... Mahu wanita tak jemu mata memandang

LAPAN tahun tiada kekasih, penyanyi Aweera mengakui hidupnya berasa sunyi.

Justeru itu, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 33, berkata dia kini terbuka untuk mencari seorang teman hidup yang boleh mengisi kekosongan di hatinya.

“Sejujurnya saya belum ada (kekasih). Ini nak masuk ke lapan tahun (tidak ada teman wanita). Jodoh dan kematian di tangan Allah.

“Kita sebagai suami nak pasangan yang memahami dan tidak jemu memandang. Saya memang memilih sebab apa? yang pertama sekali dia kena hormati ibu bapa saya,” katanya kepada mStar.

Meskipun ada individu cuba memikat hatinya melalui mesej di Instagram, dia bagaimanapun tidak mahu terburu-buru kerana ingin mencari yang terbaik.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi