suria

“Korang pernah nampak saya kecil ke?” - Syanie kesal masih terima komen ‘body shaming’ setiap kali live

PELAKON Syanie meluahkan rasa kesal apabila berterusan menjadi mangsa body shaming di media sosial.

Kata Syanie atau Syaniza Hisham, 50, gurauan mengenai tubuh badannya yang berisi itu agak keterlaluan, lebih-lebih lagi hinaan itu semasa dia sedang melakukan jualan produk secara langsung di aplikasi TikTok.

Malah ada juga secara sinis mengaitkan dirinya dengan Pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun.

“Mereka masuk akaun TikTok saya, dah tertera nama saya iaitu Syanie... tapi kenapa nak sebut nama orang tu (Bainun)?

“Sah-sah nama akaun pun lain, jangan hanya sebab saya berbadan besar jadi senang nak kaitkan kami... Ini hanya sikap budak-budak.

“Pernah juga orang masuk live saya cakap bila nak kurus sebab mulut asyik mengunyah saja, sedangkan mereka tak tahu saya dah makan ke belum waktu tu jadi kenapa perlu cakap macam tu.

“Ini bukan kali pertama saya kena macam ini sebab setiap kali buat live pasti akan ada sekurang-kurangnya satu komen macam ini, tolonglah kalau nak bergurau pun biar bertempat jaga adab kalau nak masuk live saya,” kata Syanie kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi