suria

Jenama lain tawar bayaran tiga kali ganda, Nabil Ahmad tetap setia dengan Jakel kerana kenang jasa

WALAUPUN pernah ditawarkan bayaran tiga kali ganda untuk menjadi duta produk baju raya lain namun pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia mengambil keputusan menolak tawaran itu sebaliknya memilih meneruskan kerjasama dengan Jakel.

Kata Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 41, berkata dia kekal dengan jenama sama kerana mengenang jasa syarikat yang banyak membantu dan memberikan peluang pekerjaan buatnya sewaktu negara dilanda wabak Covid-19.

“Waktu Covid-19 semua tengah susah jadi satu-satunya client yang hubungi saya dan minta buat video adalah Jakel, walaupun ditawarkan bayaran tiga kali ganda oleh syarikat lain tapi saya tolak sebab kenang jasa Jakel pada saya.

“Saya sudah bersama Jakel selama sembilan tahun dan syarikat ini banyak bantu saya, jadi ini salah satu cara saya nak balas balik jasa mereka kepada saya, mereka juga siap taja pakaian baju raya saya sekeluarga selama sembilan tahun jadi sebab itu saya masih kekal,” kata Nabil kepada mStar.

Dalam pada itu Nabil juga mendakwa meskipun tawaran itu tinggi namun bukanlah tertumpu kepadanya tapi dilihat seolah-olah ingin melaga-lagakannya dengan syarikat Jakel.

“Ayat dia lebih kurang macam berapa Jakel bayar, saya akan bayar tiga kali ganda dan cakap kepada Jakel fasal ini... nampak macam berlawan produk dan nak tunjuk dengan duit boleh beli saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi