suria

‘Hasrat’ memang layak jadi juara AJL38! Cikgu Shafi puji persembahan Amir Jahari... “Bersahaja, tak berlebih-lebih”

MENGULAS mengenai persembahan Amir Jahari di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), guru vokal iaitu Cikgu Shafi berkata penyanyi tersebut selayaknya dinobatkan sebagai juara bagi edisi kali ini.

Jelas Shafi atau Syafizawati Sharif, persembahan lagu Hasrat yang ditunjukkan oleh Amir sangat memberi aura positif kepada penonton dan memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Dia bagus, tidak ada apa yang nak menunjuk-nunjuk. Dia buat apa yang dia ada. Dia memang layak.

“Terima kasih sebab buktikan yang nyanyian itu tetap pada lirik dan tidak perlu bernada tinggi. Hanya persembahkan apa yang ada pada diri kita, dan juga ceritakan kisah kita,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi