suria

Aina Abdul serius dalam muzik, tetap beri terbaik walau hanya seorang penonton... Kumpul semangat selepas ditipu

PENYANYI Aina Abdul memilih untuk tidak mengulas lanjut berkenaan dakwaan dia ditipu oleh penganjur konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November tahun lalu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat, namun menjadikan perkara tersebut sebagai satu pengajaran berguna buat dirinya.

“Saya tidak boleh nak dedahkan lebih mendalam. Cumanya saya terima banyak pengajaran, ANWAA 3.0 adalah kerjasama sulung, saya tidak pernah kolaborasi dengan pengurusan acara sebelum ini.

“Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, kita semua masih belajar. Dalam hal ini, saya letakkan diri saya sendiri sebagai titik utama yang perlu belajar. Saya tidak salahkan sesiapa. Ia adalah sesi pelajaran.

“Mereka yang membantu saya di ANWAA 3.0 itu saya anggap Allah beri rezeki untuk saya bekerja dengan mereka. Mereka ajar saya banyak benda walaupun baik atau buruk,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Aina berkata, dia juga tidak mahu berfikir panjang berkenaan perkara itu kerana risau akan menjejaskan emosi dan juga semangatnya di dalam industri.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi