suria

‘Layang-Layang Perkahwinan’ buat Alya Iman dibenci, bukti lakonan pikat hati penonton

IMPAK drama sensasi Layang-Layang Perkahwinan membuatkan penonton geram dengan heroinnya iaitu Alya Iman sehingga ada percaya itu adalah perwatakan sebenarnya dalam dunia realiti.

Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 23, bagaimanapun tidak berkecil hati dengan tuduhan itu sebaliknya menyifatkan wataknya dalam drama berkenaan berjaya.

Katanya, dia tidak kisah pandangan orang terhadapnya kerana keluarga dan teman rapat lebih mengenali dirinya yang sebenar.

"Bagi saya siapa yang nak cakap mengenai watak saya sama macam kehidupan sebenar itu hak mereka sebab tidak semua orang kenal diri saya yang sebenar.

"Yang kenal saya peminat, keluarga dan rakan-rakan tahu saya ini orangnya bagaimana. Apa dipaparkan dalam drama itu sekadar lakonan sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Alya memberitahu walaupun lakonannya dikecam namun dia tidak teragak-agak jika ada tawaran dengan watak serupa pada masa akan datang.

"Bila orang benci dan tak suka itu bermakna saya buat kerja dengan baik. Saya terbuka untuk menjayakan mana-mana watak selepas ini," katanya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi