suria

Rita Rudaini rimas orang sekeliling sibuk tanya anak-anak tentang bapa, bimbang emosi terganggu

PELAKON Rita Rudaini memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk menerima kehadiran lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata buat masa ini fokus keutamaanya adalah membesarkan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

“ Walaupun dalam hati saya kata tak mahu berkahwin tapi soal jodoh tu tak boleh cakap apa kan, tapi ini cara saya healing buat diri sendiri apabila dengan anak kehidupan lebih bahagia.

“Sebab dapat fokus kepada mereka dan mahu kasih sayang tu 100 peratus malah tak mahu kongsikan kepada pasangan baharu, untuk kebahagiaan diri mungkin tiada apa lagi cuma saya perlu korbankan buat anak-anak sebab mereka adalah generasi akan datang,” kata Rita kepada mStar.

Dalam pada itu ditanya mengenai bekas suami iaitu Aidil Zafuan, Rita memberitahu dia sama sekali tidak mengizinkan lelaki itu melawat anaknya kerana didakwa tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai bapa dengan sempurna.

“Tak pernah berharap dia datang melawat dan saya rasa tak apa sebab anak pun sudah besar, kalau nak datang untuk apa? Patutnya datang daripada waktu kecil masa saya susah payah besarkan mereka bukannya sekarang,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi