suria

Lama simpan perasaan, Amy Ukays kesal Aliff Syukri berubah sikap sejak digelar penyanyi nombor satu

KOMPOSER Amy Ukays memberitahu dia tidak mahu lagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu raya untuk usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.

Amy atau Azmi Hassan,52, berkata dia kesal dengan sikap angkuh usahawan itu termasuklah tuduhan kononnya dia ingin menumpang populariti atas perselisihan faham terjadi ini.

“Kalau tak nak sebut nama saya dalam lagu pun tak kisah tapi cara penampilan dirinya, kena sedar diri dia(Aliff) bukan penyanyi dan tiada pengiktirafan penyanyi nombor satu jadi macam mana saya nak terima perkara itu.

“Kalau saya biarkan dan masih teruskan buat lagu untuk dia jadi dia akan makin melampau dan perkataan penyanyi nombor satu itu akan terus digunakan dan buat dia ego... bonda dia nasihat tak jalan, isteri tak jalan apatah lagi saya ni.

“Kalau Aliff cakap penyanyi lagu raya nombor satu saya terima tapi kalau penyanyi nombor satu memang tidak, dan kalau nak cakap saya tumpang populariti dia, sedangkan enam lagu dia sebelum ini saya yang hasilkan jadi siapa tumpang populariti siapa,” kata Amy kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi